"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


atas keizinanMU ku terlahir..
atas kudratMU aku berdiri..
atas kebenaranMU akan ku genggam bara ISLAM ini..

ya rahman, ya rahim..

titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMU yang lemah ini..
biar ke penjuru dunia, biar melangit musafirku...pasti ISLAM ku genggam rapi...

Tuesday, November 16, 2010

jika aku cinta...


Jika aku cinta dia,
tak semestinya dia akan cinta aku..
Tapi jika aku cinta Dia,
Dia boleh buat satu dunia cinta kat aku....

Jika aku cinta dia,
Aku yang kena belanja dia...
Tapi jika aku cinta Dia,
Dia yang bagi aku segalanya yang dipinta mahu pun tidak..
Sekarang ni pun Dia tengah bagi hadiah kat aku..
24 jam dapat hadiah..best woo..
Free pulak tu..

Jika aku cinta dia,
aku akan cepat terluka,
Sebab aku tidak tahu isi hatinya yang sebenar..
Tapi jika aku cinta Dia,
hati aku tenang sangat..
Tak susah..
Kalau aku terluka,
lagi aku banyak mengadu kat Dia...
Walaupun aku tak nampak Dia
Hati aku gembira
sebab aku tahu,
Dia selalu ada denganku....

Jika aku cinta dia,
aku akan cepat cemburu bila dia sayang orang lain,
bila dia tak ingat kat aku...
Tapi bila aku cinta Dia,
Cemburuku buat aku lebih banyak dekat dengan-Nya,
Dia takkan lupa kat aku punya,
Aku yang selalu lupa kat Dia..
Huhuhu...

Maka antara dia dan Dia,
Takde maknanya nak istikharah
jelas terang dan nyata..
Memang Dia lah kekasih utama,
Pemilik segala cinta...
Yang mencipta cinta..
Yang melimpahkan cinta...

Jadi,
kalau aku jatuh cinta pada insan yang
tidak mencintai DIA,
tolong ingatkan aku
yang aku ada cinta yang lebih UTAMA untuk dikejar...
Cinta Dia yang sering aku abaikan..
Aku tahu Dia tidak akan terjejas apa-apa kalau aku tak cinta Dia
sebab cinta tu memang milik Dia..
Tapi aku tak boleh hidup tanpa Dia..

Jadi tolong aku ye..
Tolong aku capai gapai cinta hakiki ni...
Aku takut sebab kalau Dia tak cinta kat aku,
Aku punah,aku musnah, aku lemah
aku akan hilang tempat bergantung...
Siapa pun tak boleh tolong aku..
Tolong ingatkan aku itu....

No comments:

Post a Comment