"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


atas keizinanMU ku terlahir..
atas kudratMU aku berdiri..
atas kebenaranMU akan ku genggam bara ISLAM ini..

ya rahman, ya rahim..

titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMU yang lemah ini..
biar ke penjuru dunia, biar melangit musafirku...pasti ISLAM ku genggam rapi...

Saturday, November 27, 2010

apa khabar wahai kekasihku??

assalamualaikum..
wahai IMAN,
apa khabar kamu wahai kekasihku??
owh...sudah lama ku rasa tidak menjengukmu dan menziarahimu..
sihatkah kamu wahai kekasihku??
cukupkah makanan mu??
atau..sudah habis bekalan makanan yang ku bekalkn..
maafkan aku wahai kekasihku...
aku seolah-olah mengabaikan mu dek kerana sibuknya aku dgn urusan duniawi yang tak pernah akan habis..
aku seolah-olah melupakanmu dek kerana kepenatan aku menguruskan kehidupan seharian sehingga aku lupa menziarahimu walau seketika cuma...
aku menjadi semakin jauh dengan mu hanya kerana peperiksaan yang semakin menghampiri tiba..
owh....maafkan aku kekasihku..

aku lupa...aku lalai...aku alpa..
aku lupa bahawasanya ada peperiksaan yang lebih besar menanti aku di sana..argh...
maafkan aku kekasihku..
aku lupa mahu memberimu makanan dan tenaga untuk membantu aku menjawap soalan peperiksaan yang maha lagi besar dan hebat di sana..
bagaimana mahu engkau tolong aku menjawap di peperiksaan sana, jika hari ini aku sudah mengabaikan kamu...
argh...maafkan aku wahai kekasihku...

kekasihku...
aku berjanji...
mulai tika ini, mulai saat ini..
xkan sesekali aku melupakanmu lagi..
aku akan selalu menziarahimu..
aku akan selalu bertanya khabar akanmu..
aku akan sentiasa meluangkan masa denganmu walau sesibuk mane sekalipun aku..
aku akan sentiasa menjengukmu dalam apa jua keadaan aku sekalipun...
sihat..sakit..lapang..busy..bangun tido..aku akan sentiasa mencari kamu..
aku akan sentiasa memastikan engkau sentiasa sihat dan cergas..
supaya engkau ada untuk temani aku dalam peperiksaan yang besar di sana nanti..
aku berjanji wahai kekasihku..

“Iman itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal.”



wahai sahabat-sahabat...apa khabar dengan iman kite ye hari ini??..adakah kerana busynya kita dengan peperiksaan akhir yang semakin menjelma tiba membuatkan kita lupa akan dia??
hurm...jom kte renovate balik iman2 kita...
1. jaga solat lima waktu kita
2. sebelum dan selepas solat kita buat sunat rawatib jap..
3. lepas solat, kita luangkan mase jap dgn tilawah dan tadabbur ayat-ayatnya..
4. stay up malam-malam....kita curi masa jap untuk solat dua rakaat...hajat, taubat, istikharah..supaya sentiasa diberi petunjuk dalam urusan seharian..
5. penat baca buku medic, kita buka ma'thurat jap...xsampai lima minit pun kan??
6. sihat dan ada kekuatan...kita cuba puasa isnin khamis..

yeah!!!jom kita recharge balik iman kita sama-sama..
chayok-chayok semua!!!!

ok..wallahualam
wassalam

No comments:

Post a Comment