''kalau kau jatuh ke dalam neraka sekalipun, aku akan ikut terjun sekali, untuk tarik kau semula agar kita dapat berpimpinan tangan ke syurga.."
sinergi....1+1=3..itulah dia kelebihan orang beriman..mereka yang membina ukhuwah berdasarkan iman hasilnya sungguh luar biasa...1+1 bukan =2 tetapi 1+1=3..
tapi..senang ke nak menghasilkan 1+1=3..bukan senang..even kalau ikut logik akal pun, memang tak logik..betul tak??
tapi itulah luar biasanya iman...
ukhuwah yang di bina berdasarkan iman..ukhuwah yang dicantum hasil daripada dua hati yang ikhlas mencintai allah..ukhuwah yang terbentuk kerana satu niat dan tujuan yang sama...ukhuwah yang dihasilkan dengan Allah dan syurgaNYA sebagai matlamat..
dan hasilnya adalah luar biasa..kekuatan yang luar biasa, kebahagiaan yang luar biasa, ketabahan yang luar biasa, kecekalan yang luar biasa dan kesungguhan yang luar biasa..
dan yang paling luar biasanya hubungannya menembusi ke syurga..
dan di antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah
"... Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH..."
thumbs up untuk SINERGI...hasil karya hilal aysraf..
sungguh terkesan di hati ini..ukhuwah yang selama ini kita canang-canangkan..persahabatan yang kita bina selama ini bersama sahabat-sahabat kita..adakah ianya berlandaskan iman?adakah ianya berpaksikan keimanan?adakah hati-hati yang di cantum itu berpaksikan pada neraca yang sama??...NERACA IMAN...adakah??
jika belum...mari kita sama-sama perbahurui ukhuwah kita bersama-sama sahabat-sahabat kita..
''wahai sahabat..hari ini aku mahu memperbaharui ukhuwah kita..memulakan ukhuwah kita dengan iman.."
terima kasih sahabat..terima kasih kerana sentiasa berada di sisi untuk membetulkan sahabatmu ini..
Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
setinggi-tinggi tahap ukhuwah = sentiasa melebihkan sahabat kita..(itsar)
serendah-rendah tahap ukhuwah = berlapang dada dengan sahabat..
semoga aku dapat menjaga ukhuwah ini..semoga ukhuwah yang terbina berpaksikan iman dan kita bersama-sama berpimpinan tangan ke syurga..
sahabat yang baik, menghasilkan sahabat yang baik juga..supaya menjadi ikutan sahabat yang lain dan memberi effect kepada masyarakat sekeliling..
pembinaan ummah bermula daripada diri sendiri...
wallahualam..
No comments:
Post a Comment