"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


atas keizinanMU ku terlahir..
atas kudratMU aku berdiri..
atas kebenaranMU akan ku genggam bara ISLAM ini..

ya rahman, ya rahim..

titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMU yang lemah ini..
biar ke penjuru dunia, biar melangit musafirku...pasti ISLAM ku genggam rapi...

Monday, November 14, 2011

indahnya..

assalamualaikum..

ble bce post sofwah yg terbaru ni, rse rindu kpd mereka2 itu bertambah kuat..
k.as,k.shirah,sofwah,hajar,asiyah,sarah,mihah,puteri,k.aida,k.zira,fauhan,haifa dan yg lain-lain..
rindu pd mereka2 ni yg snts cool n kuat ble buat projek..stay up tgh2 mlm..pening2 kepala pk pasal bajet..pk pengangkutan..pk mknn..hehe..rindu plak nak handle projek bersama2 lg..

riadah..


rehlah

usrah..sunway piramid


rehlah



jaulah-kelantan

himpunan 1ooo jiwa 1 hati

daurah

dan bnyk lg yg terakam dlm memori..

rindunya pd mereka..
semoga kte masih berkesempatan menghandle program bersama2 lg..
semoga masih berkesempatan duduk dlm bulatan lg..
semoga ukhuwah kita hingga ke syurga..ameen..=>

assalamualaikum..


Thursday, November 10, 2011

sandakan-kundasang-KK..epi 2..


lpas kundasang..we go straight away to KK..
mencabar sungguh drive..sungguh2 mengajar skill drive..lpas ni boleh msuk f1 da..hehe

kat kk..pegi becuti di pulau plak..5 pulau ktorg pegi..hee..

banana boat...

hehe..


5 pulau kami pegi, snorkling di semua pulau..haha





ni kwn linda..peoz nmenya,..

lpas eop ke-2 nak g mne plak ye..hee




Wednesday, November 9, 2011

sandakan-kundasang-KK



assalamualaikum...

just want to share a pict..
long journey from sandakan to KK...
with my white myvi..=>


a journey start at 4.30am 19th oct..



5.30am..when there is non available places for subuh prayer..


rainbow along d journey..

mount of kinabalu..

parasailing!!!hee


to be continue..hehe








Wednesday, September 7, 2011

...mustahilkah untuk berubah??

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.

Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

-iluvislam-

Friday, August 19, 2011

satu kehidupan..



salam ramadhan kareem..

wah...sungguh lama tak ku update blog ni..agaknya kalau di kumpul habuk yang berkumpul kat blog aku nie da boleh jd bedak unk sebulan...klo cmpur lg dgn habuk kereta yg xpernah berbasuh sejak beli boleh jd bedak unk 3 bulan kot..hehe

alhamdulillah..hampir 2 bulan jd penduduk di bumi sandakan nie..walaupun baru 2 bulan..tp sungguh hidup di sini mengajar erti kehidupan..mana manisnya hidup dlm suasana tarbiyah..manisnya hidup dlm suasana ukhuwah....rindu rasanya nak kembali ke zaman itu..

2 bulan di sini..sungguh mengajar erti kesabaran..kesabaran melayan kerenah pesakit..kesabaran melayan kerenah rakan sekerja..dan yang pasti menuntut kesabaran yg sgt tinggi unk melebarkan sayap islam..

sedih..kecewa..dan yang pasti rasa ingin menanngis bila orang islam dgn bangganya beritahu aku xpuasa hr nie..ya Allah..sungguh lemah iman hambaMU ini unk menegur dgn secara terang..

klo nak bercerita..ada bnyk episod nak buat nie..

so..unk episod 1..

2 minggu awal kehadiran kami (saad, linda n dilla) di bumi bawah bayu nie...mungkin boleh kata 2 minggu juga la kami xmkn nasi..hari2 pun mkn fast food..sbbnye...sbb susah nak cri kedai makan yg halal..

3 hr pertama di sandakan di gunakn unk mencari rumah...alhamdulillah selepas ke hulu hilir m'cri rumah akhirnya dpt rumah d sentosa apartment..tingkat 5...hahahaha..hr2 exercise naik turun tingkat 5..so..kte tgk berat kami naik ke trun nnt...hehe

kitorg gak ada cite accident d malam hari..hehe..menarikkn cite kami..lepas dpt umah, kami keluar la unk cr brg w'pun da nak dekat maghrib...tp terpaksa la,sbb esknya da stat keje n tagging plak 2..so cnfrm hr2 balik pkul 10 mlm..so, hr tue redah je la kuar mlm2...naik teksi..odw balik, hujan renyai2 tiba-tiba teksi yg ktorg naik tu plak accident...

mmg semua pun dpt heart attack malam tue..huhu..tak terkata apa..usap dada...tepuk bahu kawan..xpa..ada hikmah Allah uji kita awal2 mcm nie..=>

then alhamdulillah minggu tagging di lalui dgn jayanye w'pun bnyk gak cabarannya..Alhamdulillah Allah permudahkan unk kami..bnyk yg kmi belajar wktu tagging..w'pun selalu kne perli ngn MO, kne buli mcm2 lg la..tp..at last MO yg selalu perli ktorg tu puji ktorg..wktu tu bangga kejap la jd student UM..hehe..

urusan beli kereta juga di permudahkan...so sekarang xla lg menyusahkan ambulans hntr dan amek kami pegi balik..nnt bru upload gmbr kereta baru..hee

suasana kerja mmg sungguh berbeza dgn suasana belajar...alhamdulillah 1 posting dgn linda..ada gak la pengubat hati..haha..terima kasih ya allah..ko bg aku housemate seperti mereka..sekurang-kurangnya masih ada yg sudi menegur antara satu sama lain..

walaupun kadang-kadang kecewa dgn environment kerja, tp bila msih berpeluang berjemaah, bertadarus dan bertazkirah bersama housemate, sekurang-kurangnya itula pengubat hati kami di sini..

semoga kami terus kuat meneruskan kehidupan di bumi sandakan ini yg sungguh memerlukan kekuatan jiwa unk trus melebarkan sayap islam..ya Allah bantu kami di sini..



bersambung..hehe..

epi 2..puasa di sandakan dan peristiwa di blood drive..


The Pious Student

"I will only marry him because he has the fear of Allah in his heart,and whoever fear Allah cannot cause harm to anyone"

Saturday, May 28, 2011

wahai jiwa yang tenang..

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurga-KU."
(Al-Balad: 27-30)

Thursday, May 26, 2011

hati itu bahagiakah?

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila

ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak

pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu

sebenarnya ialah kaya hati “


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.” (Al Ra’du-28).

Wednesday, May 18, 2011

reminder 4 me..

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.”

(Surah Muhammad : 38)

Monday, May 16, 2011

....

mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.
Cukup hanya sekali…

pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah.

Kalau kedua, itu kerana kedegilan…(*_*")

kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.

tapi
cubalah ! cubalah ! cubalah !
membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik,

kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali..

Tuesday, April 5, 2011

terima kasih ALLAH..

alhamdulillah...seribu kesyukuran ku panjatkan padaNYA...

mak...ni hadiah untuk mak..terima kasih unk doa dan semangat mak selama 5 tahun nie..terima kasih sbb sentiasa memahami anak mak nie dan sentiasa memberi kekuatan di kala ank mak nie tgh xbetol..hehe

ayah...walau ayah da xda di kala kejayaan ini di capai..ini tetap hadiah unk ayah..tanpa ayah, dik yah xtau dik yah akan dpt gelaran nie atau tak...ini hadiah unk ayah, walaupun ayah xsempat melihatnye..ini tetap unk ayah...i'm really miss u..

guys...DR linda, DR najwa, DR ika, DR jiea dan DR jas..congratulation guys!!!we make it!!
thanks a lot for this 5 years..we have gone through a lot of an experiences...crying...laughing..enjoying...suffering..i will miss all the time we spend together...


in front left : DR JASHIMAH, DR NAJWA, DR ZULAIKHA,
back left : DR NAJIEHA, DR HASLINDA..me DR KAMARIAH

now..i'm officially DR Kamariah Ahmat...hope i will b a safe n competent doctor...n a doctor that always touch the heart of patient with d beauty of ISLAM....

Ya Allah, may U always with me in my long journey..hope sandakan is d best place for me to renew my self n help others towards YOUR loves...ameen

Thursday, March 17, 2011

oh....

jadual exam da keluar...

osce (23th marcg); 1st group, pkul 8 pg

long case (30th march) : last day 2nd group

short case (2nd april): last day, last group sessi pagi..

waa!!!exm da dekat rupenya...
tapi preparation msh xcukup
makin study...makin banyak yang xtaunye...huu

ya Allah...semoga waktu-waktu exam ku itu adalah waktu yg terbaik untuk aku...
semoga case-case yang aku dapat, dapat aku handle dgn baik..
semoga masa-masa itu juga lecturer yg aku baik2 dan murah markahnya...

ameen...

doakn saya dan kawan-kawan yang lain...

Wednesday, March 9, 2011

perkenankan ya Allah


11 days to go....

"ya Allah..bantu aku dan sahabat-sahabatku dalam perjuangan ini..kurniakan kami kecemerlangan dalam peperiksaan akhir MBBS kami ini..izinkan kami bersama-sama angkat sumpah pada 8hb 4 nnt"...ameen

ya Allah...bantu aku mempersiapkan diri unk menjadi dae'i doctor dalam mase yg tinggal beberapa hari je lagi ni ya Allah..

ameen...

ukhuwah itu...membahagiakan..

terima kasih sahabat,,,

8 march (9.30-10.30am)....
linda : nape status aku mgu lepas 2 menimbulkan kontroversi ek?

aku : ntah...aku bce biasa je..

linda : padahal aku pos sbb lepas bce 1 article..aku suke la ary..rse cam kne kat diri sendiri..betolla kan kalau allah nak bg hidayah tue bile2 mase je..

aku : betolla 2..article ape ang bce?..hidayah 2 milik allah..kita kenala pandai nak cari..bukan menunggu..

......bce article....

aku :huu..terkena kat diri sendiri gak...hehe..tp kan...cmn kita nak tegur kwn kita sendri ek..

linda : a'ah....makin rapat, makin rse susah nak tegur...dae'i apa la kte nie...=<

.....n perbincangan setrusnya adalah rahsia...hehe

ya allah kuatkan hati2 kami supaya terus berada di jalan MU...dan semoga engkau terus memayungi hati kami dgn taufiq hidayahMU...

"barang siapa di kehendaki allah akan mendapat hidayah, DIA akan membukakan dadanya untuk menerima ISLAm. dan sesiapa di kehendaki NYA menjadi sesat, DIA jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. demikianlah Allah menimpakan sekasa kpd orang-org yang tidak beriman" (al-An'am:125)

aku sayang ang...terima kasih sbb sntiasa mengingatkan aku...=>




9 march (5.30am)

2 miskol pkul 5.05...1 msg..

"akak..bgn tahajud..=>"

terima kasih hajar...sayang kamu sangat2...=>

sungguh indah ukhuwah itu...walaupun sudah lame xjumpa, tetapi hati sentiasa saling mengingatkan kepada DIA...=>

nnt akak da hbs exm, akak lepak IV ye...pray for me sis..


wallahualam

Sunday, February 20, 2011

hujan dan payung

alhamdulillah...dlm kesibukan nak exam, Allah msh bg kesempatan untuk berdating dgn adik-adik kat tasik um selasa lepas..

hilang sedikit rindu setelah 3 mgu tak jumpa...last jumpa wktu thaipussam..maaf ye adik2..kakak mu nie teralpa dgn tugasan dunia..

sekadar perkongsian analogi kami ptg 2..

odw menapakkn kaki ke tasik, di temani dgn hari yang cerah, awan yang putih, tanpa ada tanda2 bahawa awan akan memuntahkan airnye, tibe2 je awan mendapat pesanan untuk memuntahkan airnye membasahi bumi um...

dan berhujan lah kami ke tasik disebabkn tak ada payung untuk menghalang hujan drpd jatuh ke atas kami..

hehe..tunggang langgang ayat..xda idea sebenarnya nie..

ok..analagi yang aku bagi kat adik2 aku..


hujan tue ibarat hidayah Allah...Allah turunkn hujan untuk semua hambaNYA, makhluk ciptaanNYA...Allah timpakan hujan itu pada kita...xkirala manusia itu beriman atau tidak, islam atau kafir, baik atau jahat, kaya atau miskin, Allah tetap turunkan hujan itu kepada mereka...tanda kasihNYA DIA pada hambanya..hujan untuk menyuburkan tanam-tanaman, memberi sumber air..subhanallah betapa besarnya nikmat hujan yang allah beri kepada kita...penyayangnya DIA pada kita..

"dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit, dan dengan air itu dihidupkanNYA bumi yang tadinya sudah mati. sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mendengarkan pelajaran." (An-Nahl: 65)

cuma kita,...bila hujan, kita akan amek payung, pakai payung untuk halang hujan drpd kite..kenapa??sebab takut demam..hehe...so, xdptla kita rase main air hujan...tp aku dpt main ptg selasa 2...hehe


begitula juga dengan hidayah Allah..Allah berikan hidayah dan petunjuknya untuk semua hambaNYA...sama..beriman atau tidak, baik atau jahat..Allah bagi pada semua..cuma kita yang diberi akal dan pilihan untuk menerima dan mengambilnya..atau kita akan amek payung juga untuk menghalang hidayah tue drpd jatuh kepada kita??apa payung 2?dosa2 kita..dosa-dosa menjadi penghalang untuk kita menerima hidayahNYA..

hidayah itu perlu dicari, berusaha untuk mendapatkannya..bukan sekadar menunggu hidayah itu akan jatuh pada kita..mari kta sama-sama perbaiki diri, membersihkan dosa-dosa yang ada, dan berusaha mencari hidayah Allah, supaya kelak hidayah itu akan jatuh pada kita tanpa ada halangan..

ameen...

"Dan hak Allah menerangkan jalan yang hak, dan di antaranya ada jalan yang menyimpang. dan jika DIA menghendaki, tentu DIA memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar)'' (An-NAhl:9)

maka...hidayah Allah itu perlu di cari...bukan di tunggu..=>

mari kita sama2 berusaha...chayok2!!!!

wallahualam...wassalam






Tuesday, February 15, 2011

kapur dan pemadam...


perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pembaca......

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya...Ia duduk menghadap murid-muridnya Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata,"Saya
punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di
tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah
"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid
muridnya pun mengerti dan mengikuti..Si guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin
cepat.Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".Dan diulangkan
seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat
sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan
tidak lagi kekok...Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya...Namun
kemudian,musuh musuh kita memaksakan kepada kita dgn berbagai cara,
untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan
sebaliknya..." Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita
menerima hal tersebut,tapi karena terus disosialisasikan dengan
cara-cara menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun kalian terbiasa
dengan hal itu..Dan anda mulai dapat mengikutinya.Musuh-musuh
kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan
etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang
pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang
lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik
kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah
terbalik....Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.Sekarang
anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-
muridnya berpikir..Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.Orang
biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka...Tapi
mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda
tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat,
maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka
bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar
rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan
dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang
dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah
musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda,cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim,tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran)...Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"tanya mereka.."Sesungguhnya
dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang
Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!Wallahu'alam..=) *peace with imaan*

Wednesday, February 2, 2011

''kalau kau jatuh ke dalam neraka sekalipun, aku akan ikut terjun sekali, untuk tarik kau semula agar kita dapat berpimpinan tangan ke syurga.."




''kalau kau jatuh ke dalam neraka sekalipun, aku akan ikut terjun sekali, untuk tarik kau semula agar kita dapat berpimpinan tangan ke syurga.."

sinergi....1+1=3..itulah dia kelebihan orang beriman..mereka yang membina ukhuwah berdasarkan iman hasilnya sungguh luar biasa...1+1 bukan =2 tetapi 1+1=3..

tapi..senang ke nak menghasilkan 1+1=3..bukan senang..even kalau ikut logik akal pun, memang tak logik..betul tak??

tapi itulah luar biasanya iman...

ukhuwah yang di bina berdasarkan iman..ukhuwah yang dicantum hasil daripada dua hati yang ikhlas mencintai allah..ukhuwah yang terbentuk kerana satu niat dan tujuan yang sama...ukhuwah yang dihasilkan dengan Allah dan syurgaNYA sebagai matlamat..

dan hasilnya adalah luar biasa..kekuatan yang luar biasa, kebahagiaan yang luar biasa, ketabahan yang luar biasa, kecekalan yang luar biasa dan kesungguhan yang luar biasa..

dan yang paling luar biasanya hubungannya menembusi ke syurga..

dan di antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah

"... Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH..."

thumbs up untuk SINERGI...hasil karya hilal aysraf..

sungguh terkesan di hati ini..ukhuwah yang selama ini kita canang-canangkan..persahabatan yang kita bina selama ini bersama sahabat-sahabat kita..adakah ianya berlandaskan iman?adakah ianya berpaksikan keimanan?adakah hati-hati yang di cantum itu berpaksikan pada neraca yang sama??...NERACA IMAN...adakah??

jika belum...mari kita sama-sama perbahurui ukhuwah kita bersama-sama sahabat-sahabat kita..

''wahai sahabat..hari ini aku mahu memperbaharui ukhuwah kita..memulakan ukhuwah kita dengan iman.."

terima kasih sahabat..terima kasih kerana sentiasa berada di sisi untuk membetulkan sahabatmu ini..

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

setinggi-tinggi tahap ukhuwah = sentiasa melebihkan sahabat kita..(itsar)
serendah-rendah tahap ukhuwah = berlapang dada dengan sahabat..




semoga aku dapat menjaga ukhuwah ini..semoga ukhuwah yang terbina berpaksikan iman dan kita bersama-sama berpimpinan tangan ke syurga..

sahabat yang baik, menghasilkan sahabat yang baik juga..supaya menjadi ikutan sahabat yang lain dan memberi effect kepada masyarakat sekeliling..

pembinaan ummah bermula daripada diri sendiri...
wallahualam..

Tuesday, February 1, 2011

Kepimpinan Islam Akan Kembali


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Sunnatullah atau Hukum Allah yang berlaku dalam kehidupan di dunia mengambil bentuk yang berbagai.

Di antaranya adalah seperti :

1. Benda yang dilempar ke atas mestilah jatuh ke bawah.

2. Manusia yang lapar dan haus bererti perlu makan dan minum untuk menghilangkannya.

3. Seseorang yang ditetak tangannya niscaya akan terluka dan berdarah.

4. Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan: ada siang ada malam, ada panas ada dingin, ada sehat ada sakit, ada senang ada susah, ada lapang ada sempit, ada kaya ada miskin, ada menang ada kalah.

Selain contoh-contoh di atas masih banyak lagi bentuk sunnatullah yang berlaku di atas muka bumi ini.

Di sudut lain, ada pula sunnatullah yang berlaku yang mempunyai kaitan dengan sekumpulan manusia, suatu kaum atau suatu umat.

Contohnya seperti berikut :

  1. Allah tidak akan membinasakan suatu kaum sebelum dikirim terlebih dahulu seorang Nabi atau Rasul dariNya yang berfungsi untuk memberikan teguran dan peringatan kepada kaum tersebut.
  2. Allah tidak akan membiarkan adanya suatu kaum yang berlaku sewenang-wenangnya terhadap kaum-kaum lainnya kecuali Allah akan hadirkan sekelompok manusia lainnya yang berfungsi menjadi pengimbang atas kelompok yang berlaku zalim tersebut.

Ini dikenali dalam istilah Islam sebagai "Sunnah At-Tadaafu' " (Sunnatullah dalam hal konflik atau pertentangan antara umat manusia).

Selain itu ada satu lagi sunatullah yang bernama "Sunnah At-Tadaawul"(Sunnatullah dalam hal pergantian giliran kepimpinan).

Perkara ini boleh kita temui dalam sebuah ayat yang berbunyi seperti berikut :

"Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia..." (QS Ali Imran : 140)

Terjemahan lengkap ayat di atas ialah :

"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim." (QS Ali Imran : 140)

Agar umat Islam benar-benar memahami dan menghayati "Sunnah At-Tadaawul" , maka melalui ayat ini Allah mengaitkannya dengan kejadian perang Uhud yang dialami oleh kaum muslimin.

Perang Uhud merupakan perang kedua setelah perang Badar. Di dalam perang Badar para sahabat meraih kemenangan padahal mereka hanya berjumlah 313 orang melawan kaum kafir musyrik Quraisy yang berjumlah 1000 orang sedangkan dalam perang berikutnya, iaitu perang Uhud, kaum muslimin pada tahap awal peperangan sesungguhnya telah meraih kemenangan.

Namun, apabila pasukan pemanah meninggalkan pos pertahanan mereka di bukit Uhud, maka situasinya berubah sama sekali. Allah akhirnya mengizinkan kemenangan berada di pihak kaum kafir musyrik Quraisy sedangkan Nabi saw dan para sahabatnya menderita kekalahan.

Sehingga Allah swt berfirman :

"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka (penderitaan kekalahan), maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka (penderitaan kekalahan) yang serupa."

  1. Mengapa Allah perlu membiarkan kaum muslimin menderita kekalahan?
  2. Mengapa sebaliknya Allah mengizinkan kaum kuffar musyrik Quraisy mendapat kemenangan?

Allah swt sendiri menjelaskannya :

PERTAMA : Allah ingin mempergilirkan kemenangan dan kekalahan di antara manusia.

Kejayaan dan kehancuran ingin digilir di antara manusia. Itulah tabiat dunia. Dalam dunia yang fana ini :

  1. Tidak ada perkara yang bersifat kekal dan abadi.
  2. Tidak ada pihak yang terus-menerus menang.
  3. Tidak ada kelompok yang terus-menerus kalah.

Semua akan mengalami giliran yang silih berganti. Orang-orang yang berimanpun, tanpa kecuali, akan mengalami keadaan yang silih berganti di dunia kerana bukan semata-mata dengan keimanan lalu seseorang atau sesuatu kelompok manusia mesti sentiasa menang.

Tanpa pernah mengalami kekalahan, bagaimana mungkin seseorang atau sekelompok manusia akan menghargai dan mensyukuri kemenangan?

KEDUA : Allah hendak memisahkan dan membezakan orang yang beriman dengan orang yang kafir.

Dengan mengalami kemenangan dan kekalahan, maka akan terlihatlah :

  1. Siapakah orang yang pandai bersyukur ketika menang.
  2. Siapakah pula yang pandai bersabar di kala mengalami kekalahan.

Begitulah pula sebaliknya di mana akan terlihat siapakah orang yang lupa diri di kala menang dan siapa yang berputus-asa ketika kalah.

KETIGA : Melalui pengalaman silih bergantinya kemenangan dan kekalahan Allah hendak memberi peluang orang-orang ynag beriman untuk meraih bentuk kematian yang paling mulia, iaitu mati syahid.

Allah berkehendak mencabut nyawa orang-orang yang beriman sebagai para syuhada’ yang ketika berpisah ruh dari jasadnya, maka ruh mulia tersebut akan terus dijemput oleh burung-burung syurga.

Berdasarkan perkara di atas, maka perjalanan sejarah umat Islam boleh dilihat sebagai :

  1. Sebuah perjalanan panjang yang diwarnai oleh silih bergantinya pengalaman kemenangan dan kekalahan umat ini ke atas kaum kafir.
  2. Silih bergantinya kejayaan dan kehancuran umat.
  3. Kadang-kadang ada masanya orang-orang beriman memimpin umat manusia, namun ada masanya juga orang-orang kafir yang memimpin umat manusia.

Maka, sudah barang tentu pada masa di mana orang beriman memimpin masyarakat, maka berbagai program dan aktiviti sepatutnya lebih bercirikan"rasa syukur" akan nikmat kemenangan yang sedang dialami.

Sebaliknya, ketika kaum kafir yang memimpin umat manusia, maka sudah sepatutnya orang-orang beriman mengisi perjalanan hidupnya dengan dominasi"sikap sabar" di atas kekalahan yang sedang dideritainya.

Jadi bagaimanakah keadaan realiti kita dewasa ini?

Cuba kita kembali perhatikan hadits panjang dari Nabi saw yang membicarakan persoalan

"Ringkasan Sejarah Umat Islam di Akhir Zaman."

"Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam." (HR Ahmad)

Jadi, berdasarkan hadits di atas, "Ringkasan Sejarah Umat Islam di Akhir Zaman" terdiri dari 5 fasa atau zaman :

FASA I : KENABIAN

Di fasa ini umat Islam mengalami perjuangan selama 13 tahun sewaktu di Makkah sebelum hijrah ke Madinah di bawah kepimpinan orang-orang kafir dan 10 tahun berjuang di Madinah sesudah hijrah dari Makkah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad saw yang memimpin masyarakat terus di bawah bimbingan Allah melalui Kitabullah, Al-Qur'an Al Karim.

Jadi di fasa pertama perjalanan sejarah umat Islam terjadi dua keadaan yang sangat berbeza. Pada separuh fasa pertama Nabi saw dan para sahabat mengalami keadaan di mana yang memimpin ialah kaum kafir musyrik. Sehingga generasi awal umat ini mengalami kekalahan yang menuntut kesabaran luar biasa untuk dapat bertahan menghadapi sikap hidup jahiliyah yang berlaku.

Namun pada separuh kedua fasa pertama ini, sesudah hijrah ke Madinah, kaum muslimin justeru semakin hari semakin kukuh kedudukannya sehingga Allah taqdirkan mereka menikmati kejayaan di tengah masyarakat jazirah Arab sehingga kaum musyrikin Arab pada masa itu akhirnya tunduk kepada kepimpinan orang-orang yang beriman.

FASA II : KEKHALIFAHAN MENGIKUT MANHAJ (CARA/METOD/ SISTEM) KENABIAN

Di fasa ini, umat Islam menikmati 30 tahun kepimpinan para Khulafa’ Ar-Rasyidin terdiri dari para sahabat utama iaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al Khattab, Othman bin Affan dan Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhum ajma'iin.

Sepanjang fasa ini boleh dikatakan umat Islam mengalami masa kejayaan, walaupun sejarah mencatat pada masa kepimpinan khalifah Othman dan Ali, sudah mulai muncul gejala pergolakan sosial-politik di tengah masyarakat yang mereka pimpin.

Namun secara umum boleh dikatakan bahwa orang-orang yang berimanlah yang memimpin masyarakat. Orang-orang kafir dan musyrikin tidak diberi kesempatan untuk berjaya sedikitpun. Hukum Allah tertegak dan hukum jahiliyah buatan manusia tidak berlaku.

FASA III : RAJA-RAJA YANG MENGGIGIT

Di fasa ini, umat Islam menikmati selama 13 abad kepimpinan orang-orang yang beriman.

Para pemimpin pada masa itu digelar khalifah. Sistem sosial dan politik yang berlaku disebut Khilafah Islamiyah berdasarkan hukum Al-Qur'an dan As-Sunnah An-Nabawiyyah. Namun mengapa Nabi saw menyebutnya sebagai fasa para raja-raja?

Ini kerana apabila seorang khalifah wafat maka yang menggantinya mestilah anak keturunannya. Demikianlah seterusnya. Ini berlaku samada pada masa kepimpinan Daulah Bani Umayyah, Daulah Bani Abbasiyah mahupun Kesultanan Usmaniah Turki.

Walaubagaimanapun, umat Islam masih boleh dikatakan mengalami masa kejayaan, kerana para Khalifah di fasa ketiga merupakan Raja-raja yang Menggigit, ertinya masih "menggigit" Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Tentunya tidak sama baiknya dengan kepimpinan para Khulafa Ar-Rasyidin sebelumnya yang masih "menggenggam" Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Ibarat mendaki bukit, tentulah lebih selamat dan pasti bila talinya digenggam daripada digigit tetapi secara umumnya di fasa ketiga ini, Hukum Allah tertegak dan hukum jahiliyah buatan manusia tidak berlaku.

FASA IV : RAJA-RAJA ATAU PENGUASA-PENGUASA YANG MEMAKSAKAN KEHENDAK (DIKTATOR)

Sesudah berlalunya fasa ketiga pada tahun 1924, mulailah umat Islam menjalani fasa di mana yang memimpin adalah penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak mereka.

Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Kita saksikan bahwa para penguasa di era moden ini memimpin dengan memaksakan kehendak mereka sambil melupakan dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya.

Samada pemerintahan itu disebut republik mahupun kerajaan beraja, suatu perkara yang pasti ialah semua yang berkuasa tidak mengembalikan urusan kehidupan sosial bermasyarakat dan bernegara kepada hukum Al-Qur'an dan As-Sunnah An-Nabawiyyah.

Manusia dipaksa tunduk kepada sesama manusia dengan memperlakukan hukum buatan manusia yang penuh dengan keterbatasan dan kepentingan peribadi seraya mengabaikan hukum Allah Yang Maha Adil.

Hukum jahiliyah buatan manusia dilaksanakan dan tegak di mana-mana sedangkan hukum Allah ditinggalkan dan tidak diambil berat.

Maka kita dapat simpulkan bahwa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang-orang yang beriman.

Inilah fasa yang paling mirip dengan separuh pertama fasa pertama di mana Nabi saw dan para sahabat berjuang di Makkah sementara kekuasaan jahiliyah kaum kafir musyrik mendominasi di tengah-tengah masyarakat.

Dunia menjadi porak peranda di samping sarat dengan berbagai fitnah. Nilai-nilai jahiliah moden mendominasi kehidupan. Para penguasa mengurus masyarakat bukan dengan bimbingan wahyu Ilahi melainkan hanya berdasarkan hawa nafsu peribadi dan kelompok.

Dalam fasa inilah tertegaknya Sistem Dajjal. Berbagai cabang kehidupan umat manusia diatur dengan nilai-nilai Dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai-nilai materialisma, liberalisma dan sekularisma dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, media, pendidikan, undang-undang, keselamatan, ketenteraan bahkan keagamaan. Masyarakat kian dijauhkan dari pola hidup berdasarkan manhaj Kenabian.

Nabi saw bersabda meramalkan bahwa tidak ada fitnah yang lebih dahsyat semenjak Allah swt ciptakan manusia pertama sehingga datangnya hari Kiamat selain fitnah Dajjal.

"Allah tidak menurunkan ke muka bumi (sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat) fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal." (HR Thabrani)

Umat Islam yang menjalani fasa keempat ketika ini mesti mempersiapkan diri untuk menghadapi kemunculan fitnah paling dahsyat iaitu fitnah Dajjal.

Hidup di fasa keempat, iaitu fasa kepimpinan para "Mulkan Jabriyyan" (para penguasa yang memaksakan kehendak), merupakan hidup yang penuh cabaran.

Pada fasa ini Allah memberikan giliran kepimpinan umat manusia kepada pihak kuffar. Allah menguji kesabaran kaum muslimin menghadapi kepimpinan para penguasa yang memaksakan kehendak mereka serta mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya.

Sistem hidup yang mereka tawarkan merupakan sistem yang jauh dari nilai-nilai keimanan bahkan didominasi oleh nilai-nilai kekufuran.

Inilah zaman yang sarat dengan fitnah. Keterlibatan seorang muslim dalam aspek kehidupan moden manapun sangat berpotensi untuk mendatangkan dosa bagi dirinya. Rangkaian fitnah yang sedemikian hebat akan mencapai kemuncaknya kepada puncak fitnah iaitu ‘Fitnah Dajjal’.

Barangsiapa yang sanggup menyelamatkan dirinya dari rangkaian fitnah sebelum munculnya ‘Fitnah Dajjal’ akan berpeluang untuk selamat pula pada ketika munculnya ‘Fitnah Dajjal’.

Demikianlah peringatan Nabi saw :

"Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian beliau bersabda: "Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal." (HR Ahmad)

Demikian pula sebaliknya, barangsiapa ketika rangkaian fitnah dalam berbagai dimensi kehidupan manusia sedang menjadi gejala kemudian ia terjebak ke dalamnya, maka dikhuatiri pada ketika puncak fitnah muncul ia akan terjebak pula untuk menjadi pengikut bahkan hamba Dajjal, Na'udzubillahi min dzaalik.

Ramai manusia dewasa ini yang tidak peduli akan puncak fitnah yang bakal datang di akhir zaman. Pada mereka, Dajjal menjadi fenomena yang dianggap sekadar ‘mitos’. Bahkan ramai yang menganggap Dajjal tidak ada sehingga ramai pula manusia yang melupakannya dan tidak pernah peduli untuk membincangkannya.

Ketika pengabaian ini berlaku di kalangan orang awam, ia sudah menjadi suatu masalah. Namun realitinya lebih jauh daripada itu.

Bahkan kita menyaksikan ketika ini, para pemberi peringatan seperti para muballigh, penceramah, ustaz dan kebanyakan ulama’ tidak lagi peduli untuk memperingatkan umat akan bahaya ‘Fitnah Dajjal’

.

Padahal apabila kedua gejala ini sudah mulai tersingkap, maka Nabi saw justeru mengatakan

bahwa pada saat seperti itulah Dajjal bakal keluar.

"Dajjal tidak akan muncul sehingga manusia melupakannya dan para Imam meninggalkan untuk mengingatkannya di atas mimbar-mimbar." (HR Ahmad)

Nabi saw bersabda bahwa pada saat kebanyakan orang awam melupakan perkara Dajjal dan para Imam tidak lagi memperingatkan umat akan bahaya‘Fitnah Dajjal’, maka ketika itulah Dajjal bakal keluar.

Realiti dunia kita dewasa ini sudah memaparkan kedua-dua fenomena tersebut. Maknanya, sudah sampai masanya kita perlu berwaspada dan berhati-hati dengan kemunculan Dajjal yang bila-bila masa sahaja akan keluar...!

Dalam sebuah hadits riwayat Imam Ahmad, Nabi Muhammad saw menjelaskan ciri khas Dajjal kepada umatnya yang belum pernah dijelaskan oleh para Nabi sebelumnya kepada umatnya masing-masing. Beliau menegaskan bahwa Dajjal itu bermata dua namun salah satunya cacat atau buta sehingga yang ada atau yang berfungsi hanyalah satu mata sahaja.

"Dan sesungguhnya Dajjal itu bermata satu; sebelah matanya tidak nampak. Di antara kedua matanya tertulis "kafir" yg boleh dibaca oleh setiap mukmin yg mengerti bacaan/tulisan ataupun tidak." (HR Ahmad)

Hadits di atas mengingatkan kita akan suatu simbol yang tertera pada sekeping wang kertas satu dolar Amerika Syarikat (one dollar note). Di dalamnya kita lihat sebuah gambar yang disebut sebagai "The Great Seal" (Tanda Yang Agung).

Gambar ini penuh dengan makna dan isyarat. Perkataan berbahasa Latin "Novus Ordo Seclorum" bererti the New World Order (Ketetapan Sistem Dunia Baru) sedangkan di atas tulisan tersebut ada gambar piramid yang tidak sempurna kerana bahagian puncaknya terpotong.

Di atas piramid itu ada sebuah segitiga yang berukuran sesuai untuk diletakkan menjadi puncak piramid. Di dalam segitiga tersebut terdapat gambar mata tunggal. Manakala di atas segitiga bermata tunggal itu ada tulisan Latin "Annuit Coeptis" yang bererti "the Eye of Providence has approved of (our) undertakings." (Makhluk Bermata Tunggal telah merestui usaha-usaha kita).

Jika kita tafsirkan gambar di atas, maka ia boleh memberi makna bahwa dunia sedang diarahkan menjadi sebuah sistem yang berstruktur umpama piramid yang belum memiliki puncak atau struktur dunia yang belum mempunyai pemimpin tertinggi.

Namun pemimpin tersebut sedang dinanti-nantikan kehadirannya dan struktur dunia yang dirancang menjadi "The New World Order" tersebut menantikan kedatangan pemimpinnya yang bersimbolkan Makhluk Bermata Satu (Dajjal?).

Keseluruhan usaha-usaha untuk mewujudkan dan menguatkan "The New World Order" merupakan rangkaian usaha untuk meraih keridhaan dan restu dari Makhluk Bermata Satu atau Dajjal. Dengan kata lain, Ketetapan Sistem Dunia Baru ini adalah sebuah projek persembahan yang besar untuk menyambut kedatangan puncak fitnah iaitu Dajjal!

Setiap dimensi kehidupan moden dewasa ini adalah dalam rangka mewujudkan "The New World Order"(Ketetapan Sistem Dunia Baru). Sebuah sistem yang tidak berlandaskan nilai-nilai keimanan bahkan dipengaruhi secara terus oleh nilai-nilai kekufuran, nilai-nilai Dajjal.

Ahmad Thompson, seorang penulis Muslim rakyat Britain jelas menyatakan bahwa dunia moden

semenjak hampir satu abad yang lalu (sejak runtuhnya Khilafah Islamiyah Uthmaniyah yang terakhir) membentuk dirinya menjadi sebuah Sistem Dajjal. Suatu sistem yang penuh dengan nila-nilai Dajjal di mana jika makhluk Dajjal itu muncul pada masa sekarang ini, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin Sistem Dajjal yang telah tersedia.

Inilah yang dikhuatiri oleh Rasulullah saw. Bilamana rangkaian fitnah telah bermunculan menjelang datangnya Dajjal, maka manusia akan mengalami proses pemilihan.

Barangsiapa yang sanggup istiqamah menghindarkan diri dan keluarganya dari rangkaian fitnah tersebut, maka ia bakal terbebas dari puncak fitnah, iaitu Dajjal. Sebaliknya, barangsiapa yang malah ikut serta menyemarakkan rangkaian fitnah sebelum datangnya Dajjal, niscaya ia akan sangat mudah untuk menjadi sasaran tipudaya Dajjal.

Barangsiapa yang tidak mempunyai jiwa yang kritis dan hanya menerima bahkan mendokong "The New World Order", maka ia termasuk mereka yang pada hakikatnya turut menanti-nanti dan menyambut dengan sukacita kedatangan pucuk pimpinan, iaitu Dajjal sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw di dalam haditsnya seperti berikut :

"Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian beliau bersabda: "Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal. (HR Ahmad)

Umat Islam sudah menjalani fasa keempat ini selama 86 tahun sejak runtuhnya Khilafah Islamiyyah terakhir. Ini merupakan era paling kelam dalam sejarah Islam di Akhir zaman. Laa haula wa laa quwwata illa billah.

Perkembangan terkini di sesetengah negara Arab memberi petunjuk bahwa sudah berlaku kesedaran massa ke arah kehidupan Islam yang sebenar dan fasa keempat ini lambat laun akan berakhir jua.

Fasa V : KEKHALIFAHAN MENGIKUT MANHAJ (CARA/METOD/ SISTEM) KENABIAN

Walaubagaimanapun kita melihat keadaan umat Islam dewasa ini masih mengalami kekalahan dan kaum kafir dan mereka yang bersekongkol dengannya mengalami kejayaan, namun kita wajib bersikap optimis dan tidak berputus-asa kerana dalam hadits ini Nabi saw mengisyaratkan bahwa sesudah fasa kekalahan umat Islam akan datang fasa kejayaan kembali iaitu fasa kelima di mana bakal tegak kembali kepimpinan orang-orang yang beriman dalam bentuk Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian.

Marilah kita pastikan diri kita termasuk ke dalam barisan umat Islam yang sibuk mengusahakan tertegaknya fasa kelima tersebut. Jangan hendaknya kita terlibat dalam berbagai program dan aktiviti yang memperkukuhkan fasa keempat atau fasa kepimpinan kaum kuffar di era moden ini.

Yakinlah kita bahwa di sana ada "Sunnah At-Tadaawul" (Sunnatullah dalam hal pergantian giliran kepimpinan).

Apabila kepimpinan kaum kuffar dan mereka yang bersekongkol dengannya ketika ini terasa begitu mencengkam dan menyakitkan, ingatlah selalu bahwa di dunia ini tidak ada perkara yang berterusan dan abadi.

Semuanya bakal silih berganti dan hanya masa yang menentukannya sesuai dengan usaha-usaha maksima umat Islam yang bertepatan dengan kehendak Allah swt.

"Ya Rabb kami, tuangkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". (QS Al-Baqarah : 250)

Ya Allah, jadikanlah kami sebahagian dari golongan mereka-mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan fasa kelima iaitu fasa kekhalifahan mengikut Manhaj Kenabian. Selamatkanlah kami dari rangkaian fitnah yang berlaku di fasa keempat ini yang akan mencapai kemuncaknya apabila keluarnya puncak fitnah iaitu Dajjal.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali

Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

"IKRAM Wadah Perjuangan"