"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


atas keizinanMU ku terlahir..
atas kudratMU aku berdiri..
atas kebenaranMU akan ku genggam bara ISLAM ini..

ya rahman, ya rahim..

titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMU yang lemah ini..
biar ke penjuru dunia, biar melangit musafirku...pasti ISLAM ku genggam rapi...

Tuesday, December 14, 2010

make me strong

setelah sekian lama tak menziarahi blog ikhwah akhawat, hr nie duduk sekejap lepas maghrib, amek masa ziarah blog sahabat2, terjumpa hadith nie...

"Wahai orang-orang islam, besiap sedialah kerana urusan ini sangat serius.
Saat berpindah sudah hampir, sediakanlah bekalan kerana perjalanan ini amat jauh.
Kurangkanlah bebanan yang dibawa kerana di hadapan kamu terdapat beberapa halangan.
Tidak akan berjaya orang melalui rintangan ini, kecuali mereka yang tangkas langkahnya.
Wahai manusia, sesungguhnya menjelang hari kiamat akan berlaku keadaan yang gawat dan sulit. Golongan zalim berkuasa, golongan fasik punya kedudukan penting sedangkan golongan yang mengajak ke arah maaruf ditindas manakala golongan yang melarang kemungkaran ditekan.

Hendaklah kalian bersiap sedia menghadapi semua itu dengan bekalan iman.
Berpegang teguhlah pada keimanan sekuat-kuatnya.
Perbanyakkan amal soleh, paksakan diri mentaatiNya.
Bersikap sabarlah kalian menghadapi bencana dan kesusahan ini, nescaya kalian akan mendapat ganjaran syurga yang abadi"

(Rasulullah s.a.w)

ya allah...terasa bekalan diri masih belum mencukupi...terasa diri semakin jauh denganNYA...terasa diri semakin hilang...bekalan seolah-seolah semakin berkurang..

owh tidak!!!!perlu bangkit!!!!...bangkit dengan segera..

bak kata k.mash lepas berborak panjang minggu lepas...

kite kena keluar....
keluar daripada gua yang gelap...
keluar dan terus mencari jalan keluar sehingga jumpa sumber cahaya...
supaya terus dapat cahaya kekuatan...
dan dengan cahaya kekuatan...supaya terus teguh mempersiapkan diri...
mempersiapkan diri menghadapi perjalanan..
perjalanan yang masih jauh...yang masih banyak liku-liku dan ranjaunya...

ya ALLAH...semoga Engkau terus pinjamkan aku kekuatan...
kekuatan ruhi dan jasmani..
temani aku dalam setiap langkahku ya Allah...^___^

No comments:

Post a Comment