minta maaf salah silap, terkasar bahasa, dan apa-apa yang pernah menyentuh hati la...maaf ye..hee~~..macamana ngan sambutan raya tahun nie??meriah??
tahun nie raya kali ke3 kami xdapat raya bersama-sama...tapi walau apapun, ayah tetap di hati kami...
alhamdulillah, tahun nie sume kakak turun johor untuk beraya...meriah la sikit umah tue dgn hiruk pikuk suara anak-anak saudaraku yang da bertambah 2...alhamdulillah, allah menggantikan kehilangan ayah dgn kehadiran ahli yang baru untuk menghiburkan kami (haikal dan humaira') dan haikal memang mirip ayah...
tahun nie jugalah banyak peristiwa sejarah yang berlaku..dari penghujung ramadhan hinggalah menyambut kedatangan syawal, sungguh Allah menguji kami...insyaAllah tanda sayangNYA DIA pada kami supaya tidak terlalai drpd mengingati DIA..
29 ramadhan..
amin accident motor..cite sebenar, aku xtaula..kena tanya amin sendiri...habis satu badan penuh ngan abrasion wound...yang besar, yang kecik sume ada...terpaksalah aku yg bakal doctor in house nie kena wat wound dressing..tp tidak menggunakan bahan yang sterile...huhu...lepas 2, dgn m'gunakan kuasa veto, suh g clinic gak amek antibiotic...
malam 1 syawal..
alhamdulillah..tiada apa2 yang berlaku...seperti biasa, amalan tahunan yg dilakukan malam raya sejak ayah ada, bacaan tahlil dan juga laungan takbir..bezanya sejak 3 tahun nie, bacaan tahlil dan laungan takbir diketuai oleh menantunya...semasa bacaan tahlil yang diketuai abg lah, wajah-wajah mereka semua kelihatan tenang, tetapi bila laungan takbir diketuai abg ndan kedengaran sedu sedan dari segenap sudut..ya, aku faham maksud itu....
2 syawal..
2.30pm: dpt mesej, emak abg izan sudah kembali menghadapNYA..innalillah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..
bersiap-siap untuk pulang ke batu pahat berziarah
3.30pm: abg jas jatuh terjelopok kat dpn bilik air...smpi pecah simen 2...sungguh kuat momentumnya, so dpt bayangkan betapa sakitnya abg jas 2..tapi dgn gaya macho dia, selamba je ckp xsakit pape pun...tp lepas 2 jumpa aku minta minyak..aku tekan tangan dia, terjerit gak...hehe
4.30pm: dlm perjalanan nak ke batu pahat unk berziarah, kami konvoi 3 kereta..kereta yang aku naek ada dik yi sebagai pemandu, kak yun co-driver, amin dan aiman..dan semuanya terlupa nak pakai jam..apa kaitan ngan cita aku kan??...huhu..tapi mungkin itulah kehendak Allah, dia xnak kami ingat jam berapa kami terlibat dgn accident..
sedang khusyuk bercerita ngan amin n aiman kat belakang, n dik yi ngan kak yun yang ntah bising apa kat depan, tiba2 iiiiittttttttttttttttttt break emergency..
dummmm..tercium kereta depan..tersentak sikit..
xlama lepas 2, sekelip mata je dammmmmm kereta belakang pula cium kereta kami..tersentak semua ke depan...alhamdulillah aiman terhalang dari ke depan dgn tangan amin...menggigil bila keluar dari kereta..sakit kat tangan n kaki akibat tersentap da lupa..alhamdulillah kereta je yang cedera...mereka yang di dalam kereta semua selamat..
alhamdulillah, kereta yang menghentam kami cuma kancil, jika yang melanggar itu lebih besar dari saiz kereta kami, wallahualam..Allah masih bg kami peluang untuk muhasabah setiap kejadian yang berlaku...terima kasih Allah
malam 3 syawal...
ada keluarga yang datang beraya...insyaAllah berita gembira untuk kak yun..=>
4 syawal..
alhamdulillah dengan kehendakNYA dan rezeki yang DIA berikan kepada abg jas, sampailah juga kami sekeluarga ke bumi Allah yang paling sejuk kat semenanjung nie...dan orang yang paling gembira adalah mak sebab hajat dia tercapai w'pun dia berseorangan kini...hadiah anniversary yang ke-45 untuk mak..advance 3 hari..tapi mak..mak x sorang2..anak-anak mak kan ada...=>
sungguh cantik perancangan Allah...setelah DIA uji kami dengan musibah satu persatu, DIA HADIAHkan kepada kami satu KEBAHAGIAAN..dan itulah hadiah yang paling indah dalam hidup...=>
"Maka sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahn. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (Al-Insyirah:5-6)
maka sahabat-sahabat, jika kita diuji, bukan bermaksud Allah xsayang kita..tetapi sebenarnya DIA sangat menyayangi kita, sebab DIA akan anugerahkan selepas kesulitan itu kita dengan hadiah yang kadang-kadang kita tak kan sangkakan...maka janganlah berputus asa dengan rahmat Allah...=>
"dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa dengan rahmat Allah itulah hanyalah dari golongan yang kafir..." (Yusuf:87)
wassalam
picture nanti...hee
No comments:
Post a Comment