atas keizinanMU ku terlahir..
atas kudratMU aku berdiri..
atas kebenaranMU akan ku genggam bara ISLAM ini..
ya rahman, ya rahim..
titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMU yang lemah ini..
biar ke penjuru dunia, biar melangit musafirku...pasti ISLAM ku genggam rapi...
Tuesday, December 28, 2010
dear ALLAH
Sunday, December 26, 2010
heart...
Monday, December 20, 2010
reminder..
Sunday, December 19, 2010
nasihat ibrahim b. adham
Telah datang seorang lelaki kepada Ibrahim bin Adham dan berkata kepadanya: wahai Abu Ishaq, saya ini seorang yang melampau batasan Allah, datangkan kepada saya sesuatu yang boleh menjauhkan hati saya dari keinginan untuk berbuat kejahatan.
Ibrahim bin Adham berkata: jika engkau menerima 5 perkara ini dan engkau berkuasa atasnya niscaya tidak akan membinasakanmu sesuatu kenikmatan dunia ini. Lelaki tadi berkata: apa 5 perkara tersebut,
Ibrahim bin Adham berkata: adapun yang pertama, apabila engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah maka jangan engkau makan daripada rezeki-Nya. lelaki tadi berkata: dari mana saya akan makan sedangkan segala apa yang ada di atas bumi ini adalah rezeki dari Allah? beliau menjawab: hei kamu….. adakah patut engkau makan dari rezeki-Nya lalu engkau memaksiati-Nya? lelaki tadi menjawab: tidak, kemudian apa yang kedua…
Ibrahim bin Adham berkata: apabila engkau ingin memaksiati Allah maka engkau janganlah tinggal di atas bumi-Nya! lelaki tadi berkata; perkara ini lebih besar dari yang pertama, apabila timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya milik Allah, di mana saya akan tinggal? beliau menjawab: hei kamu…..adakah patut kamu makan dari rezeki-Nya dan tinggal atas bumi-Nya, lalu engkau memaksiati-Nya? lelaki tadi berkata: tidak, apa yang ketiga…
Ibrahim bin Adham berkata: apabila engkau ingin memaksiati Allah sedangkan engkau makan dari rezeki-Nya dan berada di atas bumi-Nya, maka carilah tempat yang Allah tidak boleh melihatmu, lalu buatlah maksiat di tempat itu. Lelaki tadi berkata: wahai Ibrahim, bagaimana mungkin begitu, bukankah Allah mengetahui segala rahsia? Beliau berkata: hei kamu….. adakah patut engkau makan dari rezeki-Nya, tinggal atas bumi-Nya lalu engkau melalukan maksiat sedangkan Allah melihatmu melakukan perbuatan itu? Lelaki tadi menjawab: tidak, apa yang keempat…
Ibrahim bin Adham berkata: apabila datang malaikat maut untuk mencabut ruhmu, maka katakan padanya: berikan aku masa sebentar sehingga akau boleh bertaubat nasuha dan melakukan amalan salih! Lelaki tadi berkata: malaikat maut pastinya tidak akan menerima permintaanku. Beliau berkata: hei kamu…..adakah engkau apabila tidak mampu menolak kematian yang datang supaya dapat bertaubat dan engkau mengetahui kematian apabila datang tidak boleh ditangguhkan, maka bagaimana engkau mengharapkan keselamatan? lelaki tadi berkata: apa pula yang kelima…
Ibrahim bin Adham berkata: Apabila datang malaikat Az-Zabaniyyah pada hari kiamat untuk mencampakkanmu dalam neraka maka janganlah engkau mengikutinya! Lelaki tadi berkata: malaikat tersebut tidak akan membiarkan saya…Ibrahim bin Adham berkata: maka bagaimana engkau boleh mengharapkan keselamatan? Lelaki tadi menjawab: Wahai Ibrahim,cukuplah bagiku…cukuplah bagiku… saya beristighfar dan bertaubat pada-Nya.
Saturday, December 18, 2010
sesungguhnya DIA sangat dekat...
Thursday, December 16, 2010
hari ini....
“Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu supaya engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang yang datang selepasmu”. (Yunus: 92)
2. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
3. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
4. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
5. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
6. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
7. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
8. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Wednesday, December 15, 2010
Tuesday, December 14, 2010
make me strong
Monday, December 13, 2010
Tuesday, December 7, 2010
salam maal hijrah..
Sunday, December 5, 2010
..sebesar kolam atau sebesar cawan??..
Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
Saturday, December 4, 2010
wahai kekasih idamanku..
sharing by: Abu Hanifah
Wahai Kekasih Idamanku...
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula..
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
Yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas..
Wahai Kekasih Idamanku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja..
dipuji dan dipuja,segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya..
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
seorang raja yang bermimpi,menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,dia tetap seorang raja...
Wahai Kekasih Idamanku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,
kalau senang, senang yang sementara..
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari,
ibarat seribu tahun di dunia.
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya..
Wahai Kekasih Idamanku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jangan kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya
jangan kerna kasih makhluk yang sementara,
kau hilang kasih Allah di akhirat..
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
Wahai Kekasih Idamanku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
“sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
jangan kau berasa bangga,
kecantikanmu dikejar jutaan lelaki..
itu bukan kemuliaan bagimu,
tapi adalah satu penghinaan.
jika kau berasa bangga,
kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya...
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja..
Wahai Kekasih Idamanku...
ingatlah pesan Rasulullah saw..
“barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka”
lihatlah penampilanmu,pecakapanmu,ataupun akhlakmu..
moga – moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a..
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu..
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah?...
Wahai Kekasih Idamanku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dgn Tuhanmu..
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan..
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu..
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah saw..
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti..
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya..
Wahai Kekasih Idamanku...
ajarlah jiwamu utk bersahabat dgn tuhan..
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian..
di kala jasadmu bersama manusia,
tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dgn keduniaan,
jiwamu menangis kerna takutkan tuhan...
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dgn zikir LailahaillaAllah..
berjalanlah di atas jalan seorang solehah,
da’ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah..
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s,
Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a…
di mana seorang yg buta pun, apabila melalui jalan ini,
mereka akn bertemu syurga Allah…
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..
di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat,
Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,
kerna beliau adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya di dunia..
betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..
Semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn
"Ya Allah, kekallah Mereka sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah mereka dari ujian yang tidak mampu mereka lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada kami yang berada di sekeliling mereka."Amin ya rabbal ' alam