"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


atas keizinanMU ku terlahir..
atas kudratMU aku berdiri..
atas kebenaranMU akan ku genggam bara ISLAM ini..

ya rahman, ya rahim..

titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMU yang lemah ini..
biar ke penjuru dunia, biar melangit musafirku...pasti ISLAM ku genggam rapi...

Saturday, July 24, 2010

life...

::: Hidup ini kembarnya ujian. Datang dan datang tanpa perhentian.Hanya dengan keimanan kau mampu bertahan. Jangan kau jatuh hari ini kerna hanya selepas mati baru ujian terhenti! ::::


This is a beautiful Ayat from the Qur'an. "For truly with hardship comes ease; truly with hardship comes ease" [Surat al-Inshirah: 5-6]

Wednesday, July 21, 2010

harga sebuah 20 sen...

copy drpd note salah seorg sahabat..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT”

* * *

Di dunia, bercucuk tanam. Di akhirat, musim menuai.

salah satu kemanisan iman..


Ukhuwah itu indah bila ia dimulai dengan benih kepercayaan, baja keimanan , siraman kasih sayang, dan pancaran keikhlasan.

Dan akhirnya ukhuwah itu akan menghasilkan teguh dan kukuhnya akar tunjang persahabatan, manisnya buah iman, redupnya dahan berteduh dari masalah, batang pokok yang dijadikan tempat sandar bila kepenatan dan keletihan dan daun-daun yang membelai dengan penuh kasih sayang.

taraf ukhuwah yang paling rendah adalah bersangka baik dan taraf ukhuwah yang paling tinggi adalah memberi apa yang kita sayang pada orang yang kita sayang...dan...salah satu golongan yang akan masuk syurga tanpa dihisab adalah 2 pemuda yang berkasih sayang kerana Allah..

manisnya ikatan itu bila ia dimulai dengan iman...=>

my x-RS..miss them

with some of the greatest friends..

my very love friends

my sweet friends..

semoga ukhuwah kami berkekalan....ameen

Tuesday, July 20, 2010

aku rindu dia..
aku rindu nak dengar nasihat dia lagi..
aku rindu nak peluk dia...
aku rindu nak dengar kata-kata dia mengenai sabar..
aku rindu tentang dia..

aku rindu mereka...
aku sangat-sangat rindu kedua-duanya...

ya allah berkatilah hidup mereka....
bahagiakan mereka....ameen

aku minta maaf!!!
for anything and everything...

Sunday, July 18, 2010

no matter what...

pesan pada hati...tabahkan hati
pesan pada diri...tenangkan diri
Allah is always with me...

"sesunggguhnya selepas kesulitan itu adalah kemudahan" (Al-Insyirah;5)

"dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir." (yusuf:87)
10 muwasafat tarbiyah....nampak mudah, tapi sebenarnya sangat susah nak jaga....
1. akidah yang sejahtera
2. ibadah yang sahih
3. akhlak yang mantap
4. luas pengetahuan
5. sihat tubuh badan
6. mampu berdikari
7. melawan nafsu
8. sangat menjaga masa
9. tersusun urusannya
10. bermanfaat pada orang lain
ya Allah, bantu aku untuk menjaga kesepuluh-sepuluh perkara ini ya allah...ameen


Saturday, July 17, 2010

bahagianya jika......

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak ber sedi a hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedi h. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


keluarga sakinah yang dimpikan...insyaAllah..

bahagianya jika dikurniakan anak yg mcm nie...insyaAllah hati sentiasa tenang....nak dpt ank yg soleh, kenalah bermula dgn diri sendiri...cari calon yang soleh jugak...=>

Thursday, July 15, 2010

dulu ayah pesan.....

sentisa mencari jalan untuk menguruskan diri dari lalai dengan kesibukan dunia....

dulu ayah pesan....kalau tension, depress, xleh nak pk..

1st...duduk lepas solat asar 2, bace fatihah 21 kali...then bile ayat terakhir, minta ampun dari Allah, minta petunjuk dari DIA, minta kekuatan untk hadapi semua liku2 hidup...

2nd...nak senang belajar, nak senang ingt...amalkan bace 11 ayat surah ar-rahman lepas solat asar..

3rd..nak murah rezeki, amalkan buat solat dhuha...

4th...nak tenang hati, nak sihat badan, nak senang faham apa yang di bace, bangun pagi...stdy waktu pagi...sambil2 2 leh wat qiam...

5th...jgn tinggal al-quran walaupun sehari....

dulu...mmg ikut apa ayah ckp...klo std week kat umah...ayah tukang kejut, suh bgn pagi...hehe...dapat jemaah ngan ayah waktu maghrib...then ngaji same2....

tapi skang, jgnkan bace fatihah lpas asar, solat asar pun da hujung2 waktu...balik wad berkejar nak kejar asar yg da nak tinggalkan aku...surah ar-rahman pun kalau bace balik cnfrm da lintang pukang...belum cmpur ngan dhuha n qiam....

ya allah...makin disibukkan dgn urusan dunia, makin jauh aku dgn DIA...lupa segala pesan ayah....yo!!!!!!!!!!chayok!!!!jgn jdkan kesibukan dunia sebagai alasan!!!...

rasulullah dan para sahabat dulu lg busy...jd pemimpin, suami, ayah, sahabat, pendakwah...tapi tak pernah sekali lalai dgn tanggungjawab sebagai HAMBANYA....

yo!!!jadikan Rasulullah sebagai idola kita....ikhlaskan hati kita bila kne g wad....ikhlaskan niat belajar amek medic kerana Allah...ikhlaskan hati untuk jadi doktor islam bukan doktor Islam...

betolkan balik niat kita....insyaallah..

ya allah bantu aku dan kawan-kawan aku...kurniakan kami kemenangan dalam perjuangan ini....kuatkan langkahku, tegarkan semangatku, temani aku dalam setiap langkahku...izinkan kami graduate bersama-sama tahun depan...ameen..

Saturday, July 10, 2010

macam mana nak ada badan yang sihat???

assalamualaikum..

hurm..meh aku kongsikan tips penjagaan yang sihat...bukan sebab aku bakal doctor..hehe..tp kita sebagai orang islam mmg wajib untuk kita jage kesihatan..so then, barulah kita boleh melaksanakan tanggungjawab kita..

jom ikut..tips penjagaan kesihatan cara Rasulullah..

1. Selalu bangun sebelum subuh...
maka, kita boleh buat solat malm...dalam mase yg same kita dpt pahala, dpt menyedut udara yang masih segar dan dapat memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan..

3. Tidak pernah makan berlebihan
makan bile perlu..makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang...sabda rasulullah:"dalam tubuh manusia ada tiga ruang, sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk makanan dan lain-lain."

4. Gemar berjalan kaki
dapat membantu melancarkan peredaran darah ke jantung...

5. Tidak pemarah

6. Optimis dan tidak mudah putus asa

7. Tidak pernah iri hati

8. Pemaaf

so...jom kita sama-sama amalkan,supaya kita semua dapat badan yang sihat dan cergas...jd boleh jd medical student yang rajin...hehe..selain itu, supay kita dapat beribadat kepada Allah dgn lebih kuat dan cergas..juga dgn penuh keikhlasan..

tabahla wahai hati...


semoga terus kuat untuk melangkah..

09/07/10...
situation 1:

student: hello doc.i'm kamariah..we suppose to have a ward round with u at 10am..but sori we are late bcz tutorial dragged until 10.15am.

doctor: how long suppose ur tutorial??it's ok la u're late bcz of tutorial..then i'll c u nx week..

click....

situation 2:

prof ask us about patients progression...but not satisfied her...

prof : this is the 1st batch i found so pathetic..3 of u are so hypothyroid...bla...bla...bla...i'll make sure all of u fail paediatric posting..all of u will extend paeds posting..i will write a letter 2 department to extend ur posting if i not c ur improvement....


........review patients...

prof: dont give me tutorial as ur reason to come late...if 6.30am not enough to review patient, then come at 5am..

if u think u're clever after pass 3a mbbs exam, u also can pass 3b exam...phase 3b mbbs exam so easy...even monkey also can pass...


situation 3:


on the way to go to paeds department..

student : dr, i am the student that call u...i'm sory for the late..

doctor : its ok la u no need to to my class right..then c u nx week..


student : how about the replacement class doc??


doctor : no need replacement class..it's ok right??gud 4 u..then u arrange for nx week ward round...

bru seminggu paeds posting, tp da mcm sebulan..dan2 hari jum kne torture truk gle...trus down...dan2 2 gak nekad petang tue balik umah..huhu

ya Allah...beri kan aku kekuatan...bantu aku untuk jd MS yg rajin..bantu juga aku untuk jadi seorang doctor yang merawat pesakitnya dgn penuh ikhlas..tabahkan hati ku ya Allah..pinjamkan aku kekuatan dariMU...ameen

Wednesday, July 7, 2010

thanks guy...

thanks for them for the great holidays....
just share a pic...hehe

1st...mersing






mersing...ngan linda, najwa, jiea, ika n jas...

2nd.....melaka






melaka...with...ela..ella...liza...

....

"sebelum memulakan pertempuran, saya bersunyi-sunyian diri dengan Allah s.w.t...saya adukan kelemahan saya dihadapanNYA, dan saya yakin DIA yang membantu saya..inilah keuntungan orang Mukmin, semakin kuat masalah yang dihadapi, semakin mustajab pula doanya. Memang dalam perjuangan itu ada kesusahan, tetapi dalam kesusahan itu ada ketenangan. Sebaliknya, orang yang tidak berjuang kurang kesulitan tetapi tidak merasai ketenangan.."
Jeneral Musa b. Nusair


Friday, July 2, 2010

pesanan untuk diri..


"carilah 70 alasan untuk memaafkan saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang patut dipersalahkan."

ukhuwah itu ibarat simen??

assalamualaikum...

setelah lame senyap, kini aku dgn blog aku yang baru...insyaAllah dgn nama baru, background baru..insyaAllah pengisian yang lebih bermanfaat..

aku cuma nak ulas adakah ukhuwah itu ibarat simen...

kita setiap umat islam ini adalah ibarat batu bata...setiap daripada kita adalah batu bata...jika kita susun batu bata kita membentuk sebuah rumah, insyallah akan berdiri juga...tapi cuba kita tolak salah satu daripada batu bata itu...apa yang akan terjadi sahabat2???

bila kita fikir-fikirkan balik mestilah batu itu semua akan jatuh kan??dan hilang bentuk binaan rumah itu...sebab apa???sebab xada simen yang mencantumkan antara batu-batu itu..maka tak ada ikatan antaranya...maka, walaupun batu itu kuat sekalipun, tetapi disebabkan tidak ada yang mengikat antara batu-batu itu, maka ia akan runtuh juga...

begitulah kita umat islam...

walau kuat mana kita sekalipun, walau hebat mane sakalipun kita, tetapi jika tidak ada ikatan yang mengikat antara kita satu sama lain umat islam maka mudahlah kita dihancurkan oleh pihak kafir..mudahlah kita diperkotak-katikkan oleh pihak kafr...itulah pentingnya ikatan ukhuwah para sahabat..

mungkin nampak remeh..mingkin nampak simple...tetapi itulah sebenarnya ditakutkan oleh pihak kafir...ikatan ukhuwah kerana iman..ikatan ukhuwah kerana Allah...insyaallah..

bila terbentuknya ikatan antara batu-batu itu dengan adanya simen...simen yang dibancuh dengan air mata yang takutkan seksaan allah, simen yang dibancuh dengan manisnya iman, simen yang digaul dengan penuh rasa kasih sayang, simen yang disapu antara batu-batu dengan ikatan islam, insyaAllah dia tidak akan mudah runtuh dengan sesenangnya...dia akan teguh berdiri melindungi penghuninya dari panas,hujan, ribut, petir....dia akan terus teguh mempertahankan haqnya...

maka ,begitulah yang terjadi bila ukhuwah antara kita terbentuk...ukhuwah yanng terbentuk kerana bancuhan iman dan kasih sayang daripada Allah insyaAllah akan teguh berdiri bersama-sama menahan ancaman pihak kuffar...bersama-sama melaungkan Allahuakbar...bersama-sama di jalan yang sama menegakkan yang haq...bersama-sama mempertahankan islam..insyaAllah..

marilah kita sirami kembali ikatan ukhuwah kita kerana Allah...insyaallah

"sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNYA dlam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff:4)

p/s; kak shirah n kak as...terima kasih untuk pertemuan mgu lepas...walaupun sejam cuma, tapi disebabkan ikatan ukhuwah antara kita insyaallah kerana niat yang satu, kita rase bahagia...thanks akak...insyaallah kita da bangun balik...dan akan terus bangkit...doakan..=>