"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


atas keizinanMU ku terlahir..
atas kudratMU aku berdiri..
atas kebenaranMU akan ku genggam bara ISLAM ini..

ya rahman, ya rahim..

titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMU yang lemah ini..
biar ke penjuru dunia, biar melangit musafirku...pasti ISLAM ku genggam rapi...

Saturday, May 28, 2011

wahai jiwa yang tenang..

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurga-KU."
(Al-Balad: 27-30)

Thursday, May 26, 2011

hati itu bahagiakah?

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila

ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak

pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu

sebenarnya ialah kaya hati “


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.” (Al Ra’du-28).

Wednesday, May 18, 2011

reminder 4 me..

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.”

(Surah Muhammad : 38)

Monday, May 16, 2011

....

mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.
Cukup hanya sekali…

pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah.

Kalau kedua, itu kerana kedegilan…(*_*")

kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.

tapi
cubalah ! cubalah ! cubalah !
membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik,

kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali..