"Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


atas keizinanMU ku terlahir..
atas kudratMU aku berdiri..
atas kebenaranMU akan ku genggam bara ISLAM ini..

ya rahman, ya rahim..

titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMU yang lemah ini..
biar ke penjuru dunia, biar melangit musafirku...pasti ISLAM ku genggam rapi...

Wednesday, October 27, 2010

if today is my last day..

My best friend gave me the best advice

He said each day's a gift and not a given right

Leave no stone unturned, leave your fears behind

And try to take the path less traveled by

That first step you take is the longest stride

If today was your last day and tomorrow was too late

Could you say goodbye to yesterday?

Would you live each moment like your last

Leave old pictures in the past?

Donate every dime you had, if today was your last day?

What if, what if, if today was your last day?

Against the grain should be a way of life

What's worth the price is always worth the fight

Every second counts 'cause there's no second try

So live like you're never living twice

Don't take the free ride in your own life

If today was your last day and tomorrow was too late

Could you say goodbye to yesterday?

Would you live each moment like your last?

Leave old pictures in the past?

Donate every dime you had?

And would you call those friends you never see?

Reminisce old memories?

Would you forgive your enemies?

And would you find that one you're dreaming of?

Swear up and down to God above

That you'd finally fall in love if today was your last day?

If today was your last day

Would you make your mark by mending a broken heart?

You know it's never too late to shoot for the stars

Regardless of who you are

So do whatever it takes

'Cause you can't rewind a moment in this life

Let nothing stand in your way

'Cause the hands of time are never on your side

If today was your last day and tomorrow was too late

Could you say goodbye to yesterday?

Would you live each moment like your last?

Leave old pictures in the past?

Donate every dime you had?

And would you call those friends you never see?

Reminisce old memories?

Would you forgive your enemies?

And would you find that one you're dreaming of

Swear up and down to God above

That you'd finally fall in love if today was your last day?

Monday, October 25, 2010


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

sesungguhnya apa yg Allah rencanakan untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita....cuma kadang-kadang kita yang tak nampak keindahan di belakang setiap apa yang berlaku....

buka mata...buka hati...buka minda...
berlapang dada lah dengan setiap ketentuan dan ketetapan Allah..
sesungguhnya ada kemanisan dalam setiap perancangan Allah..=>

Wednesday, October 20, 2010

Ijlis binaa nu’min saa’ah

semoga hati kita sentiasa dibasahi dgn titisan air mata taubat...

(“Ijlis binaa nu’min saa’ah”)

Mari duduk bersama kami sesaat untuk memperbaharui iman.


Inilah ungkapan Ibnu Mas’ud ra, seorang

sahabat Rasulullah saw bahwa usaha untuk menguatkan maknawiyah dengan terus menjaga dan memperbaharui iman mesti terus dilakukan.


tapi selalunya kita leka dgn urusan dunia, hingga terabai urusan kita dgn Allah..

astaghfirullahillazim...terlalu banyak rsenye mase yg kita bazirkan dgn perkara-perkara yang sia-sia...

mcmn kita nak memperbaharui iman, jika masa yg ada hanya digunakan untuk menipiskan lagi iman kte...

ya allah...semoga Engkau sentiasa menempatkan ku bersama-sama golongan yang sentiasa mengingatkan aku untuk memperbaharui iman ku...ameen


Monday, October 18, 2010

ayah...mak...our superhero..

Dulu masa kita kecik-kecik, ibu ayah itulah dunia kita. Kita merasa ibu ayah itulah ‘tempat’ yang paling selamat untuk kita, tidak kiralah apa jua bentuk ancaman di luar sana. Walau takut gerun macam mana pun, bila ibu ayah ada di sisi, rasa tak takut dah. Rasa selamat dah. Berani dah. Hebat dah. Confident dah. Come what may! Datanglah apapun! Begitu lagaknya. Ibu ayahlah SuperHero Penyelamat Dunia kita.
.
Tak tahu apa-apa, semua tanya ayah. Nak cakap apa-apa, semua cakap kat mak. Apa jenis soalan pun, semua kepada keduanyalah tempat kita melonggokkan kemusykilan, dengan perasaan yakin & keteguhan iman bahawa ibu ayah mesti tahu. Mereka mesti boleh jawab. Apa masalah pun confirm akan selesai. Dan mereka memang tidak pernah jemu menjawab dan menyelesaikan, walau merepek macam mana pun soalan kita dan macam mana rumit pun masalah dunia kita. Saya masih ingat suatu malam sewaktu dalam kereta dalam perjalanan balik kampung saya bertanya, “Ayah, kenapa bulan tu ikut kita? Pegi mana sume dia ikut!”
.
Physical support, emotional support, financial support…… semua pergantungan dan kepercayaan, 200% kita letakkan sepenuhnya kepada mereka. Fikiran gembira & cetek seorang kanak-kanak.
.
Menjejak alam dewasa, kita mula menyedari, ibu ayah tidak tahu segala perkara dalam dunia, ibu ayah juga punya perasaan risau & takut seperti kita, ibu ayah juga bukan manusia sakti yang boleh menumbuhkan duit dari pokok-pokok dan sentiasa kaya.
.
Lantas kita mula memahami erti pengorbanan. Mereka telah banyak berusaha, telah banyak menderita, telah banyak berhempas-pulas, demi untuk membahagiakan kita, sentiasa tersenyum untuk kita yang ketakutan, sentiasa tenang untuk kita yang kebimbangan, sentiasa berjimat untuk kita yang selalu meminta, selalu berpenat-lelah untuk kita yang banyak kerenah.
.
Semakin jauh kita melangkah, semakin dewasa umur kita, perlahan-lahan keadaan berubah. Pergantungan kita juga sudah beralih arah. Kita tidak lagi bergantung segala-galanya kepada ibu ayah. Kita sudah pandai berdikari. Kita sudah mula berdiri sendiri. Kita sudah ada kawan-kawan untuk emotional support. Kita sudah ada biasiswa atau gaji untuk financial support. Ada masalah apa-apa kita cuba handle sendiri. Lantas ada di antara kita mula merasa ’serba cukup’.
.
Ibu bapa pula kelihatan seolah-olah semakin hilang kewibawaannya. Mereka banyak tidak tahu perkara terbaru yang kita sudah tahu. Mereka mula banyak masalah dengan kesihatan. Mereka kadangkala bimbang dan tidak tenang. Sebahagian kita, duit pun lebih banyak dari mereka. Sungguhpun begitu, hakikatnya, kita orang muda ini hanya selalu berlagak pandai. Kita masih tetap memerlukan mereka, nasihat, bimbingan dan pengalaman, kerana mereka lebih dulu ‘makan garam’.
.
Namun, tidak dinafikan, perlahan-lahan roda dunia kita mula berpusing. Kita menjadi tempat mereka meluahkan rasa dan kebimbangan. Tempat mereka bersembang waktu kesepian. Tempat mereka berharap. Tempat mereka menuntut belaian & kasih-sayang. Adakalanya mereka bertanyakan kepada kita tentang pendapat dan pandangan, tidak kurang juga dari segi kewangan.
.
Dengan rasa rendah diri dan setinggi-tinggi hormat, kita mula memberi. Dengan tekad akan terus memberi hingga ke akhir hayat. Memberi segala-galanya, kalau boleh, biarlah SEBELUM mereka meminta. Kerana mereka mungkin tak akan minta. Kita patut malu jika mereka sampai perlu meminta dari kita. Itu tandanya kita sebagai anak telah lalai. Walau kita mengorbankan nyawa pun untuk memberi, jasa mereka berdua masih belum berbalas.
.
Tapi, macam mana pula dengan diri kita? Kadang-kadang kita rasa lost. Rasa seolah sudah tidak ada lagi tempat bergantung sepenuhnya macam dulu yang kita ada masa kecil. Dah tak ada SuperHero Penyelamat Dunia kita lagi. Banyaknya masalah tidak selesai. Banyak soalan tidak ada jawapan. Banyak benda yang mesti fikir sendiri, tanggung sendiri. Lagipun memang masalah sendiri, sendiri yang cari.
.
Kerana itulah…
Sewajarnya, pertambahan usia mesti setanding & sejajar dengan pertambahan iman. This should be our wish & our Doa on every birthday. Di usia ini, kita patut sudah mengerti, bahawa Tempat Bergantung sepenuhnya bagi diri kita, di sepanjang hayat kita, adalah Allah Subhanahu Wa Taala.
.
Kerana Allah sajalah yang terpaling sayang kita, Allah yang paling kuat, Allah yang paling terer, yang paling tahu apa yang terbaik untuk kita, boleh menjawab semua soalan kita, boleh menyelesaikan semua masalah dunia kita, menolong kita dalam semua situasi dan sangat-sangat faham semua pergolakan jiwa dan perasaan kita.
So turn to NO other but Allah alone.
InshaAllah kita tidak akan rasa ‘lost’ lagi. Perasaan selamat, berani, hebat dan yakin yang pernah kita rasai semasa kanak-kanak itu akan kembali. Kita masih ada ‘Penyelamat Dunia’. Come what may! Allah is with me. HE is my Availer, my Protector and the best of aid.

“Allah is sufficient for us! Most Excellent is HE in Whom we trust!” (Surah Ali Imran : ayat 173)

Sunday, October 17, 2010

cahaya...

bunga nie memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup...kita???

takut nak final exam yg tinggal lg lebih kurang 4 bulan...
tapi sifat malas masih menguasai diri...aisy..

takut nak jadi doktor..
tapi duk mohon jauh-jauh...hurm..

memerlukan cahaya kekuatan daripada DIA, supaya terus teguh dan kuat...
memerlukan cahaya keimanan daripada DIA, supaya terus subur dengan kerja2 dae'i w'pun bukan di bumi semenanjung nanti..
ya allah, sirami aku sentiasa dgn cahaya kekuatan, kesabaran dan hidayahMU..



The Climb



5 months to go....
am i ready???
GOD....help me...
lend me some strength....

ya allah....give me some strength...
accompany me in every each of my step...

"keep on moving..
keep climbing..
keep the faith.."

Saturday, October 16, 2010

mendengar bisikan nurani...

1. Adakah yang lebih halus dari suara hati di kala ia menegur kita tanpa suara?


2. Adakah yang lebih jujur dari nurani, ketika ia menyedarkan kita tanpa kata-kata?

3. Adakah yang lebih tajam dari mata hati, ketika ia menghentak kita dari berbagai kesalahan dan kealpaan?

Ya, sebenarnya saat yang paling indah dari seluruh putaran kehidupan ini adalah saat kita mampu secara jujur dan tulus mendengar bisikan nurani.

Ini adalah kerana dari sanalah banyak tindakan dan perilaku kita akan menemui arahnya yang benar.

Dari sana, amal-amal dan segala proses kehidupan kita memiliki tempat berpijaknya yang kukuh iaitu :

  1. Niat yang tulus.
  2. Orientasi yang lurus.

Begitulah Rasulullah saw menggambarkan bahwa hati adalah raja. Bila ia benar dan sihat, sihat pulalah seluruh aktiviti fizikal pemiliknya. Sebaliknya, bila ia rosak, rosak pulalah segala tingkah laku fizikalnya.

Di dalam hati kita iaitu di dasar sanubari kita yang paling dalam :

  1. Ada kekuatan yang sangat perkasa.
  2. Ada sumber kedamaian yang tiada tara.

Di sanalah bersemayamnya fitrah dan jati diri ketundukan kita (juga setiap manusia) kepada Allah swt.

Setiap manusia, sejak kali pertama ditakdirkan wujud, telah diikat dengan kepatuhan kepada tauhid, mengesakan Allah yang Maha Esa.

Allah swt berfirman :

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (QS Al-A'raf : 172)

Fitrah ketundukan itu merupakan warna asli dari keseluruhan tabiat fizikal dan psikologi kita.

Fitrah, yang dengannya :

  1. Manusia diperintahkan.
  2. Membantu kita menyuluh diri.
  3. Menjadi pelita penerang jalan.

Dalam batasan kemanusiaan, petunjuk itu diberikan oleh bisikan nurani yang jujur.

Dalam suatu kesempatan, Rasulullah saw pernah mengajarkan kepada seorang sahabat bagaimana cara yang sederhana menentukan sesuatu itu baik atau buruk :

"Istafti qalbaka", iaitu :

“Mintalah fatwa kepada hatimu”.

Dalam kesempatan yang lain, baginda mengatakan bahwa barangsiapa yang amal baiknya membuat hatinya suka dan amal buruknya membuat ia gelisah, maka dia itu muslim.

Ini bermakna, dalam banyak perkara, semestinya orang boleh bertanya kepada hati nuraninya apakah sesuatu itu baik atau buruk.

Manusia diberi kemampuan untuk mengetahui secara asasnya apa sahaja yang layak atau tidak untuk dilakukan kerana ia telah diciptakan dalam keadaan mempunyai ukuran kepatutan kemanusiaannya.

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. " (QS Asy Syams : 8)

Kenyataan ini menunjukkan bahwa manusia tidak banyak mengerti tentang ajaran wahyu Allah dan semestinya ia masih dapat mendengar secara tulus apa suara hati dan bisikan nuraninya.

Tetapi kemudahan dan sekaligus kesulitan manusia terletak pada haknya untuk memilih antara yang benar dan salah berdasarkan ilham itu.

Maka Allah tidak semata-mata mencukupkan kita dengan hati nurani, namun pada masa yang sama, Ia menurunkan wahyu serta mengutus para Rasul untuk mengajarkan manusia bagaimana mengelola rasa hati tersebut, sekaligus mempertajamkan hati nuraninya. Di sanalah berpadu antara kelurusan tujuan dengan dasar-dasar tabiat kemanusiaan.

Melalui Al-Qur'an, Islam membimbing manusia bagaimana menitikberatkan kepada hasrat hidup bermakna sebagai motif asasi.

Dengan kata lain, kita mesti menjalani hidup ini dengan :

  1. Makna yang jelas.
  2. Rasa penuh erti yang sebenar-benarnya.

Teori ini amat berlawanan dengan :

  1. Teori "hasrat untuk hidup senang" (the will to pleasure) ciptaan Sigmond Freud.
  2. Teori "hasrat untuk hidup berkuasa" (the will to power) yang dikumandangkan oleh Alfred Adler.

Keseragaman, kestabilan, ketenangan, kedamaian dan juga kebahagiaan manusia, berkadar lurus dengan sejauh mana ia menyelaraskan diri dengan fitrahnya serta menghadapkan wajahnya ke jalan Islam.

Bila manusia menyalahinya, akan menjadikan banyak unsur dalam kehidupan ini tidak mampu berfungsi dengan baik di mana akan ada banyak ketempangan dan kejanggalan yang menjadikan kehidupan tidak berjalan di atas landasan yang sepatutnya.

Allah swt berfirman :

"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala urusan." (QS Luqman : 22)

Fitrah yang telah ditetapkan atas diri manusia itu tidak akan berubah walauapapun peradaban dan kemajuan yang telah dicapai oleh manusia.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah Allah itu. Tidak ada penambahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS Ar-Ruum : 30)

Seringkali bisikan nurani nyaris tidak terdengar lantaran tersumbat oleh daki-daki hawa nafsu atau terselimut dengan dosa-dosa dan kemaksiatan.

Mungkin, di antara kita pernah menemui hari-hari yang terasa :

  1. Gersang.
  2. Kering.
  3. Tidak ada setitis pun kesegaran.

di mana kehidupan seperti tidak berdenyut dan nyaris tanpa rasa ghairah.

Begitulah hati menjadi air muka kita :

Pahit atau manisnya.

Ia juga menjadi ruh kehidupan kita :

Redup atau terangnya.

Dalam makna ini, barangkali, kita menghayati penjelasan Rasulullah saw bahwa Allah tidak melihat kepada penampilan lahiriah manusia tetapi melihat kepada isi hati mereka.

Maka, mengotori hati dengan dosa sama ertinya dengan :

  1. Memadamkan cahayanya.
  2. Mengacau kejernihan suaranya.
  3. Memandulkan ketajamannya.

Ini sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah saw :

"Sesungguhnya, dosa-dosa itu bila terus menerus menimpa hati, maka ia akan menutupinya. Dan bila hati telah tertutup, akan datang kunci dan cap dari Allah swt. Bila sudah demikian, tidak ada lagi baginya jalan, tidak ada jalan keimanan untuk masuk ke dalamnya, tidak juga jalan kekafiran untuk keluar darinya."

Tidak semua orang boleh mendengar bisikan nuraninya.

Ramai orang silau dengan kehidupan yang kian berwarna, padahal, kebersihan hati bukan sahaja pelita di dunia, malah ia juga menjadi bekalan menghadap Allah swt.

Kelak, ketika manusia diadili di hadapan Allah swt, pada hari ketika anak dan harta tidak berguna, hanya hati yang bersihlah yang boleh menghantarkan manusia menghadap Allah.

"Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." (QS Asy-Syu'ara : 89)

Sudah sampai masanya kita perlu mendengarkan bisikan nurani kita dengan tulus, jujur dan penuh kelapangan kerana suara hati kita, nurani kita dan kata hati kita adalah jati diri keaslian kita di mana kita tidak akan mengkhianatinya.

Ya Allah, jadikanlah bisikan nurani kami sebagai ilham yang baik yang akan memberi petunjuk ke arah jalan yang benar. Jauhkanlah kami dari bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa ingin merosakkan dan menyesatkan jalan hidup kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

(akhi wan ahmad)

Monday, October 11, 2010

Butterfly Fly Away


mode 1: really miss him (Tn. Hj Mohamad Siam)
mode 2: in dilemma...
mode 3: 5 moths 2 go...really need him besides me for the support....bu....just can remember what he already tell me last 3 years...

"got ur wing now you cant wait,
take those dreams and make them all come true.."

accomplish ur father's wish...

ya Allah, bantu aku buat keputusan yang terbaik untuk tarbiyahku dan agamaMU..