Umar al khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang TAQWA.. Lalu Ubai menjawab, "adakah engkau pernah melalui jalan yang banyak duri??"..Umar menjawab, "sudah tentu."..Lalu Ubai bertanya lagi, "justeru apa yang engkau lakukan?". Umar membalas: "Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati." Kata Ubai: "maka yang demikian itu adalah TAQWA..
jalan....berduri......hidup......taqwa...
jika jalan yang penuh dengan onak dan duri, sudah tentu kita akan memilih untuk sangat berhati-hati melalui jalan itu...sebab apa???sebab kalau kita terpijak duri, pedihnya Tuhan je yang tau...kita akan guna segala genap pancaindera kita untuk memastikan kaki kita tak terpijak dengan duri...kita akan sungguh berhati-hati untuk memilih jalan yang selamat dan sentiasa berada dalam kesedaran yang tinggi untuk memastikan kita sampai ke destinasi kita dengan selamat tanpa sebarang kecederaan...betul tak???
tapi...
kenapa dalam perjalanan hidup kita, kita tak pernah berhati-hati?...semua pekerjaan pun di ambil mudah...jika kita menganggap ALLAH tue sebagai CEO kita, knape kita mesti buat benda yang DIA tak bagi buat??...kalau kita tau DIA CEO kita, CEO yang nampak segala jenis benda keje yang kite buat, tapi kenapa kita mesti buat lagi benda-benda yang xsenonoh??...
kalau kita tau DIA CEO yang sentiasa memerhatikan pekerja-pekerja DIA tanpa pejam, kenapa mesti kita nak menipu lagi???...
apa ek hukum signkan attendants kwn2 yang xdatang lecture???aku wonder gak...macam da jadi trend...bukan ke itu menipu gak...bukan ke menipu tue xbaik gak...cmn plak yang ponteng kelas or kerja or on col without any concrete reason pun kira menipu gakkan...klo da keje lagi bahaya...gaji yang kita dapat tue halal ke haram??mcmn nak guna duit tue untuk jg nafkah anak isteri...mungkin bos kita o lecturer kita xtau, tapi bukan CEO kita tau ke???
camana pula dengan tudung kita...kita pakai tudung nie da kira baek ke???betul ke tudung yang kita pakai tu da betul ikut hukum yang Allah da tetapkan dalam surah an-nur ngan an-nisa???
"...Dan hendaklah mereka menutup kerudung mereka ke dada dan janganlah menampakkan aurat(perhiasannya),kecuali.....'' (surah an-nur;31)
dalam ayat di atas terang-terang Allah da kata, bila kita pakai tudung, kita kenalah menutup dada kita...tapi berapa ramai dari kita yang pakai tudung still nampak dada....kecuali kepada sebahagian golongan...suami kita, atau ayah kita atau ayah mertua kita atau adik-beradik lelaki kita, atau anak-anak kita atau anak-anak saudara kita...
macamana pula dengan puasa kita???adakah puasa kita nie benar-benar berpuasa?? ataupun sekadar berpuasa dari lapar dan dahaga..tetapi hukum hakam yang lain masih di langgar??...
begitu juga dengan solat kita...adakah sekadar bersolat kerana ia da jadi adat sejak dari kecil, ataupun kita lakukan kerana memang benar-benar tanda pengabdian kita padaNYA....
sama-samalah kita renungkan...adakah kita buat nie hanya sekadar lepas syarat..Allah suruh buat, kita buat....tapi kita xbuat seperti apa yang betul-betul Allah suruh buat...
macamana pula dengan puasa kita???adakah puasa kita nie benar-benar berpuasa?? ataupun sekadar berpuasa dari lapar dan dahaga..tetapi hukum hakam yang lain masih di langgar??...
begitu juga dengan solat kita...adakah sekadar bersolat kerana ia da jadi adat sejak dari kecil, ataupun kita lakukan kerana memang benar-benar tanda pengabdian kita padaNYA....
sama-samalah kita renungkan...adakah kita buat nie hanya sekadar lepas syarat..Allah suruh buat, kita buat....tapi kita xbuat seperti apa yang betul-betul Allah suruh buat...
mungkin peperiksaan dunia kita lepas,alhamdulillah...tetapi macamana dengan peperikasaan akhir kita bila berhadapan dgn timbangan mizan nanti???
semoga kita sentiasa mendidik diri kita bahawasanya CEO kita itu sentiasa memrhatikan gerak geri hati dan perbuatan kita untuk memberi gaji yang paling istimewa di hari pembayaran gaji kita nanti...adakah kita akan terima buku gaji kita dengan tangan kanan ataupun tangan kiri kita...
wallahualam...
sama-sama kita renungkan..
wassalam